18 Januari 2019 DeviceAtlas telah mengeluarkan laporan yang mana iPhone 7 Plus dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku keempat tahun 2018. Sesuatu yang agak mengejutkan apabila telefon pintar keluaran Apple berjaya berada di kedudukan teratas berbanding model Samsung dan Huawei.
iPhone 7 Plus telah
menguasai 5.65% dari keseluruhan pasaran Malaysia. Peningkatan ini didorong
dari harga yang rendah, spesifikasi serta kualiti kamera yang masih baik.
iPhone 7 Plus dijual pada harga RM2,749.00 bagi storan 32GB dan
RM3,199.00 untuk storan dalaman 128GB. Model ini secara dasar masih dijual di
pasaran.
Topik 1: Keburukan
1)
Rekaan dan warna
Rekaan Iphone 7+ ini bagus tetapi warna
itu yang menjadi isu utama. Pada pandangan saya, warna Matte Black adalah warna
yang terbaik bagi Iphone 7 dan 7 Plus tetapi masih mengalami kosmetik isu iaitu
warna mudah tercabut, terkopek dan luntur.
2)
Bateri
Bateri adalah isu utama bagi pengguna
Iphone. Saya berpendapat bateri Iphone masih tidak bagus pada Iphone 7+
walaupun sudah berbagai kemas kini IOS dilakukan. Kadar pengecasan bateri untuk
Iphone ini adalah sebanyak 3-4 kali sehari. Ini agak tidak normal berbanding
dengan handphone yang lain.
3)
Pengecasan pantas
Untuk pengecasan pada telefon android
kebanyakan sudah menggunakan jenis pengecasan pantas. Saya rasa untuk 2019,
pengecasan adalah isu yang utama juga pada Iphone 7+ memandangkan pengecasan
adalah agak lambat.
Topik 2: Kebaikan
1)
Prestasi
Saya amat kagum dengan prestasi Iphone 7+
sebab prestasi amat bagus walaupun sudah berusia 4 tahun cukup lamanya bagi
sebuah telefon pintar. Daripada dulu sampai sekarang prestasi Iphone tetap sama
dan tidak menampakkan perubahan prestasi. Saya rasa Iphone 7+ masih relevan
lagi untuk digunakan pada 2019 dan mungkin juga masih bagus untuk tahun
hadapan.
2)
Kamera
Iphone 7+ antara kamera yang terbaik dan mod potretnya juga masih
dalam keadaan terbaik. Sebagai contoh adalah seperti gambar yang dipaparkan
dibawah. Ia memang terbaiklah
3)
Stereo Speaker
Memandangkan saya adalah seorang yang
jenis gemar mendengarkan muzik didalam Iphone, Ia adalah speaker yang bagus
kerana ia menggunakan stereo speaker.
4)
Sokongan IOS terbaru
Saya menjangkakan IOS terbaru akan
menyokong iphone 7+ adalah hanya tempoh selama dua hingga tiga tahun sahaja.
Jadi untuk penggunaan Iphone 7+ pada tahun 2019 dan 2020 ia masih lagi mendapat
sokongan IOS terbaru cuma prestasi Iphone akan menjadi perlahan tetapi ia juga
bergantung kepada IOS tersebut itu. Apa-apa pun kita nantikan IOS terbaru dan lihatlah hasilnya.
Jadi, itu sahaja dari Saya Aqil Mukmin
untuk penulisan blog kali ini. Kalau korang ada sebarang pertanyaan, cadangan,
pendapat atau apa sahaja, korang boleh ajukan di bahagian komen. Dan jangan
lupa follow blog ini untuk info-info pada masa datang.