Jam Digital

Friday 23 August 2019

Iphone 7 Plus

Hai Guys, Saya Aqil Mukmin. Harini saya akan membincangkan tentang Iphone 7+. Iphone 7+ telah dilancarkan sudah 4tahun lalu iaitu pada September, 2016. Jadi Apakah Iphone ini masih relevan pada tahun ini dan tahun kehadapan?

18 Januari 2019 DeviceAtlas telah mengeluarkan laporan yang mana iPhone 7 Plus dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku keempat tahun 2018. Sesuatu yang agak mengejutkan apabila telefon pintar keluaran Apple berjaya berada di kedudukan teratas berbanding model Samsung dan Huawei.

iPhone 7 Plus telah menguasai 5.65% dari keseluruhan pasaran Malaysia. Peningkatan ini didorong dari harga yang rendah, spesifikasi serta kualiti kamera yang masih baik.
iPhone 7 Plus dijual pada harga RM2,749.00 bagi storan 32GB dan RM3,199.00 untuk storan dalaman 128GB. Model ini secara dasar masih dijual di pasaran.


Topik 1: Keburukan 
1)    Rekaan dan warna
Rekaan Iphone 7+ ini bagus tetapi warna itu yang menjadi isu utama. Pada pandangan saya, warna Matte Black adalah warna yang terbaik bagi Iphone 7 dan 7 Plus tetapi masih mengalami kosmetik isu iaitu warna mudah tercabut, terkopek dan luntur.
2)    Bateri
Bateri adalah isu utama bagi pengguna Iphone. Saya berpendapat bateri Iphone masih tidak bagus pada Iphone 7+ walaupun sudah berbagai kemas kini IOS dilakukan. Kadar pengecasan bateri untuk Iphone ini adalah sebanyak 3-4 kali sehari. Ini agak tidak normal berbanding dengan handphone yang lain.
3)    Pengecasan pantas
Untuk pengecasan pada telefon android kebanyakan sudah menggunakan jenis pengecasan pantas. Saya rasa untuk 2019, pengecasan adalah isu yang utama juga pada Iphone 7+ memandangkan pengecasan adalah agak lambat.

Topik 2: Kebaikan

1)    Prestasi
Saya amat kagum dengan prestasi Iphone 7+ sebab prestasi amat bagus walaupun sudah berusia 4 tahun cukup lamanya bagi sebuah telefon pintar. Daripada dulu sampai sekarang prestasi Iphone tetap sama dan tidak menampakkan perubahan prestasi. Saya rasa Iphone 7+ masih relevan lagi untuk digunakan pada 2019 dan mungkin juga masih bagus untuk tahun hadapan.
2)    Kamera
Iphone 7+ antara kamera yang terbaik dan mod potretnya juga masih dalam keadaan terbaik. Sebagai contoh adalah seperti gambar yang dipaparkan dibawah. Ia memang terbaiklah 


3)    Stereo Speaker
Memandangkan saya adalah seorang yang jenis gemar mendengarkan muzik didalam Iphone, Ia adalah speaker yang bagus kerana ia menggunakan stereo speaker.
4)    Sokongan IOS terbaru
Saya menjangkakan IOS terbaru akan menyokong iphone 7+ adalah hanya tempoh selama dua hingga tiga tahun sahaja. Jadi untuk penggunaan Iphone 7+ pada tahun 2019 dan 2020 ia masih lagi mendapat sokongan IOS terbaru cuma prestasi Iphone akan menjadi perlahan tetapi ia juga bergantung kepada IOS tersebut itu. Apa-apa pun kita nantikan IOS terbaru dan lihatlah hasilnya.


Image result for gif about apple

Jadi, itu sahaja dari Saya Aqil Mukmin untuk penulisan blog kali ini. Kalau korang ada sebarang pertanyaan, cadangan, pendapat atau apa sahaja, korang boleh ajukan di bahagian komen. Dan jangan lupa follow blog ini untuk info-info pada masa datang.